Demi atlet muda Sekijang, Dr Zaliha bawa isu tanah SJK(T) Bandar Segamat ke peringkat kementerian

SEGAMAT – Isu persempadanan tanah yang membelenggu usaha pembangunan fasiliti sukan di SJK(T) Bandar Segamat sejak lebih empat dekad lalu kini mendapat perhatian serius Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, yang menyifatkan perkara itu sebagai perjuangan demi masa depan generasi muda tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Menurut beliau, isu berkenaan bukan sekadar melibatkan pemilikan tanah, sebaliknya berkait rapat dengan pembangunan bakat dan potensi pelajar sekolah tersebut yang telah mencipta pelbagai kejayaan dalam arena sukan, khususnya hoki, di peringkat daerah dan kebangsaan.

Katanya, pencapaian membanggakan itu memerlukan sokongan melalui penyediaan kemudahan latihan serta fasiliti yang lebih baik bagi memastikan bakat pelajar dapat terus berkembang dan bersaing pada tahap lebih tinggi.

“Ini adalah isu legasi yang berkait dengan pembangunan generasi masa depan. Anak-anak di SJK(T) Bandar Segamat telah membuktikan kemampuan mereka dalam bidang sukan dan mereka berhak mendapat kemudahan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau menjelaskan, masalah yang berlarutan sejak tahun 1983 itu berpunca daripada percanggahan maklumat persempadanan tanah antara pelan yang dimiliki pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) dengan pelan yang dipaparkan menerusi aplikasi MyLot yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Susulan itu, Yang Dipertua PIBG SJK(T) Bandar Segamat bersama pemimpin komuniti India di Sekijang telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Parlimen Sekijang pada 26 Mei lalu bagi mendapatkan bantuan menyelesaikan isu melibatkan Lot 8740 yang dicadangkan untuk pembangunan padang sekolah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memahami situasi sebenar, Dr Zaliha telah turun padang melakukan tinjauan tapak pada 29 Mei sebelum mengambil tindakan segera menyerahkan satu fail lengkap yang mengandungi semua dokumen berkaitan kepada Fadhlina Sidek pada malam hari yang sama untuk penelitian dan tindakan lanjut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan yang disifatkan amat prihatin terhadap isu tersebut dan memberi jaminan untuk meneliti serta mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan pelajar.

Dr Zaliha menegaskan bahawa perjuangan menyelesaikan isu berkenaan melangkaui soal sempadan tanah semata-mata, sebaliknya melibatkan hak pendidikan, pembangunan bakat serta masa depan generasi muda negara.

“Perjuangan ini bukan soal tanah semata-mata, tetapi soal hak dan masa depan generasi negara kita,” tegas beliau.

Usaha tersebut dilihat sebagai komitmen berterusan dalam memastikan setiap anak di Sekijang mendapat peluang yang adil untuk berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka, selaras dengan aspirasi membangunkan masyarakat yang inklusif dan berdaya saing.

Related Posts

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

TAWAU – Kerajaan Sabah diharap dapat menyalurkan dana daripada bayaran interim RM1.5 bilion yang diterima Sabah kepada sektor pelancongan negeri ini yang secara tidak langsung merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

TAWAU – Kenaikan pemberian khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah disifatkan sebagai langkah signifikan yang membuka ruang lebih luas kepada penyediaan kemudahan untuk rakyat di negeri ini. Timbalan Pengerusi GRS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

Dana tambahan peluang perkasa pembangunan insaniah Sabah – Pengarah PKPP UMS

Dana tambahan peluang perkasa pembangunan insaniah Sabah – Pengarah PKPP UMS

Bayaran interim Sabah naik kepada RM1.5 bilion bukti komitmen Persekutuan laksana MA63

Bayaran interim Sabah naik kepada RM1.5 bilion bukti komitmen Persekutuan laksana MA63