Penduduk Kg Titingan dinasihat patuh undang-undang, jadi mata telinga banteras jenayah

TAWAU – Masyarakat Tawau khususnya Kampung (Kg) Titingan dinasihat agar terus mematuhi undang-undang pihak berkuasa selain bertindak menjadi mata dan telinga dalam usaha membanteras jenayah di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu secara tidak langsung mengelakkan diri dari jenayah yang hanya merosakkan nama baik kampung berkenaan.

“Oleh itu penduduk perlu bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk memberi maklumat jika terdapat perkara yang menimbulkan keraguan atau aktiviti jenayah yang berlaku.

“Ini bagi memastikan tindakan bersesuaian dapat diambil sekali gus menjadikan Kg Titingan terpelihara dari sebarang salah laku jenayah,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Hari Malaysia Peringkat Kg Titingan di Balairaya Kg Titingan, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berharap agar masyarakat Kg Titingan terus memberi sokongan penuh pada kerajaan Negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor di samping mengekalkan perpaduan rakyat sedia ada.

Beliau berkata, kesepaduan dan kestabilan kerajaan negeri hari ini yang membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat.

“Kg Titingan ini adalah kampung yang paling lama (tertua) dan menjadi harapan saya agar kesepaduan dan perpaduan yang sekian lama terjalin ini menjadi contoh pada kampung-kampung lain.

“Banyak kemajuan dibawa kerajaan negeri kita lihat di kampung ini antaranya pembesaran sungai Tawau di muara Kg Titingan serta jalan raya dan titian (jambatan) yang berkonkrit,” katanya.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng