Bayangkan jika PH-PN jadi kerajaan, UMNO jadi pembangkang…

SUDAH jatuh ditimpa tangga, terpaksa pula melukut di tepi gantang, itulah gambaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika ditakdirkan menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, perancangan Allah lebih jitu, UMNO dan BN yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, kini merupakan sebahagian Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad, nasib UMNO berubah sekelip mata hasil kebijaksanaan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menentukan ‘survival’ parti.

Jelasnya, kesombongan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) telah menyelamatkan UMNO menghuni blok pembangkang di Parlimen.

“Kalaulah Pengerusi PN ketika itu bersetuju dengan titah Agong, wow! PH dan PN telah membentuk kerajaan yang sangat dominan, UMNO nak duduk tang mana? Takdir itu tak berlaku.

“Kalaulah kita (UMNO) hari tu (selepas keputusan PRU15) tak menjadi sebahagian kerajaan ini, ketahanan kita sampai bila?

“UMNO diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga kena pula melukut di tepi gantang sebagai pembangkang, ia bagai mimpi ngeri yang mujur tidak menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata,
penyokong UMNO mungkin tidak menyedari bahawa UMNO sedang menuju kehancuran jika tidak membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH.

“Sangat bijak! Ya UMNO beruntung Datuk Seri Zahid mempunyai ‘wisdom’, memikirkan kelangsungan parti di masa depan.

“Kalau jadi pembangkang, adakah kesemua 26 Ahli Parlimen UMNO akan bertahan menjadi pembangkang, cabarannya yang hebat bagaimana kita nak bangkit kembali.

“Adakah dalam kalangan ini tidak teringin nak melompat sebelah sana, tapi tak boleh melompatlah kan, tapi ada tak perasaan seperti itu?

“Jadi pembangkang UMNO nak berkhidmat dengan rakyat pun sukar, pastinya kita akan sentiasa dihina, dikeji dan ditambah lagi dengan tekanan dari kerajaan pemerintah.

“Tentunya lama kelamaan kita yang melukut di tepi gantang akan jadi lemah dan menuju kehancuran, alhamdulillah ia tidak berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengenai segelintir ahli UMNO yang tidak mahu mengundi calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota 28 September ini, Azhar menasihatkan agar mereka memikirkan kelangsungan parti pada masa depan.

“Bayangkan jika kita tiada kuasa, UMNO di seluruh negara akan hilang manisnya mempunyai kuasa, di Bahagian akan habis, Ahli Majlis akan tiada wakil UMNO, ketua kampung tak dapat, di semua peringkat tidak akan ada lagi pemimpin UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Langkah tertib Datuk Seri Zahid bermesyuarat dengan Ahli MKT dan memutuskan untuk bersama PH adalah keputusan tepat, siapa sangka dengan 26 kerusi Parlimen UMNO dapat jadi Timbalan Perdana Menteri dan tujuh menteri penuh, kita kena bersyukur,” ujarnya.

Justeru, Dr Azhar berharap semua ahli UMNO menunjukkan solidariti mempertahankan Kerajaan Madani terutama pada PRK DUN Mahkota ini.

“Setakat ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar atau pun PMX ini UMNO dilayan dengan baik, belum pernah lagi PMX menindas UMNO. Raja, Islam dan Melayu dijaga, terus terpelihara.

“Kita kena menangkan calon Kerajaan Perpaduan di Mahkota. Saudara Syed Hussien seorang calon yang baik dan mampu menggalas tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat di DUN tersebut.

“Jadi sebab apa kita nak merampus, merajuk lagi, kita sepatutnya mempertahankan Kerajaan Madani, membantu memacu semula negara untuk lebih maju,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok