Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057 pekerja, pada April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut telahpun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonom (MTEN) dan beberapa inisiatif sedang dirangka bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama kepada golongan anak muda.

Menurutnya, peluang pekerjaan baharu itu tertumpu di beberapa kawasan utama termasuk Perak, Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Dalam tempoh seminggu dua saya ambil langkah-langkah memperbaiki dan menyediakan pekerjaan alternatif. Sebab ada peluang pekerjaan baharu dan kita harus salurkan supaya ada sinergi di antara pelaburan baru yang masuk.

“Sekarang ini tentunya tentang sektor teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI). Jadi, kalau ada keperluan, kita berikan latihan khas untuk membolehkan anak-anak ini masuk ke jurusan bidang pekerjaan baharu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kehilangan seramai 7,057 pekerja, pada April lalu, meningkat 21 peratus berbanding 5,855 kes pada Mac.

Jelas beliau, kerajaan turut melihat perkembangan pelaburan baharu di Sarawak yang dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini belum merisaukan (isu kehilangan pekerjaan) tetapi kalau lihat dari segi kiraan mula, setiap kehilangan pekerjaan bagi seorang dalam keluarg itu tentunya merunsingkan. Jadi kita cuba menanganinya dengan sebaik mungkin,” tambah beliau.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata, seramai 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu, meningkat 21 peratus berbanding 5,855 kes pada Mac.

Beliau memberitahu, perkembangan itu perlu diberi perhatian walaupun jumlah berkenaan lebih rendah berbanding 10,658 kes pada Januari dan 7,512 kes pada Februari.

Related Posts

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa nasihat daripada institusi diraja Johor menjadi faktor utama beliau mengambil keputusan untuk memohon maaf secara peribadi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid