Kegagalan struktur jalan dikesan di Projek Pan Borneo WP25 Sukau – JKR Sabah

SUKAU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengesahkan satu kejadian kegagalan jalan dikesan di kawasan Projek Lebuhraya Pan Borneo WP25 berhampiran Bulatan Sukau.

Menurut kenyataan JKR Sabah pada Selasa, masa sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan, namun berdasarkan maklumat awal, insiden dipercayai berlaku sekitar pukul 5.00 pagi.

“Kawasan terbabit merupakan zon kerja Rehat dan Rawat (R&R) yang sedang dalam pelaksanaan kerja pembinaan dan telah menerima hujan lebat pada hari sebelumnya.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati sebahagian laluan jalan sedia ada mengalami kegagalan struktur yang menyebabkan kerosakan permukaan jalan serta memerlukan tindakan segera kawalan keselamatan dan pengurusan trafik,” katanya.

JKR Sabah turut memaklumkan insiden berkenaan melibatkan sebuah kenderaan, dan pemandu dilaporkan mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar mendapatkan rawatan di hospital.

“Susulan kejadian itu, pasukan di tapak telah digerakkan bagi melaksanakan kawalan trafik serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

“Kawasan terlibat telah dipasang penghadang keselamatan serta plastik penghalang, manakala kawalan trafik dilaksanakan secara terkawal di lokasi.

“Setakat ini, satu laluan masih dibuka kepada pengguna jalan raya dengan pemantauan rapi di tapak,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak kontraktor juga telah diarahkan untuk melaksanakan langkah keselamatan segera termasuk pemasangan kon, lampu amaran, papan tanda keselamatan serta penugasan petugas bendera (flagman) di lokasi kejadian.

“Pemantauan berterusan sedang dilakukan bagi memastikan laluan yang masih dibuka berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

“Dalam masa sama, kerja-kerja pembaikan sedang diselaraskan bersama kontraktor dan perunding bagi memastikan laluan terlibat dapat dipulihkan serta langkah keselamatan diperkukuh,” kongsinya.

JKR Sabah turut menzahirkan rasa kesal terhadap kesulitan yang dialami pengguna jalan raya susulan kejadian berkenaan.

Related Posts

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

KANOWIT – Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir menjelang musim perayaan diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 yang meraikan 100 penerima pada Selasa. Inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

LIMBANG – Keprihatinan kerajaan terhadap mangsa musibah diterjemahkan menerusi penyaluran peruntukan RM3.018 juta bagi membina semula kediaman di Rumah Panjang Rantau Kiran yang musnah dalam kebakaran pada 25 Januari 2023.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

  • By Ynom
  • May 26, 2026
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya