KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian subsidi diesel melalui penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara bagi mengurangkan beban kos operasi sektor itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, cadangan berkenaan dijangka membabitkan implikasi kewangan sekitar RM200 juta serta memberi manfaat kepada pengusaha jentera pertanian dan pengangkutan yang digunakan pesawah.

Menurut beliau, kebanyakan pesawah ketika ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan luar bagi kerja membajak, menuai dan pengangkutan hasil kerana tidak memiliki jentera berskala besar sendiri.

“Kebanyakan pesawah tidak memiliki mesin besar sendiri dan mereka bergantung kepada penyedia perkhidmatan pertanian.

“Kerajaan setiap masa mengambil maklumat berkaitan keadaan pesawah. Baru-baru ini semasa pembajakan dan sebagainya, kita telah menghulurkan bantuan dan melihat perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan insentif pembajakan kepada pesawah sebanyak RM300 sehektar yang disalurkan dalam dua fasa pembayaran.

Melalui mekanisme itu, bantuan awal RM200 sehektar diberikan kepada pesawah yang layak sebelum atau ketika kerja pembajakan dimulakan, manakala baki RM100 sehektar dibayar selepas kerja berkenaan selesai serta disahkan agensi berkaitan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, badan antarabangsa termasuk Food and Agriculture Organization (FAO) menjangkakan harga baja terus meningkat berikutan ketidaktentuan geopolitik global yang menjejaskan pengeluaran bahan mentah utama seperti fosfat.

Bagaimanapun, beliau berkata, bekalan baja dalam negara masih mencukupi dan kerajaan akan terus melaksanakan langkah intervensi bagi mengurangkan kesan kenaikan harga terhadap sektor pertanian.

Pada masa sama, Mohamad mengesahkan terdapat peningkatan harga beberapa jenis sayur di Kelantan, namun keadaan itu belum berada pada tahap membimbangkan secara menyeluruh.

Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini menjalankan pemantauan berterusan berhubung situasi berkenaan sebelum laporan lengkap diperoleh dalam masa terdekat.

Related Posts

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KULIM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah