Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

KUANTAN – Gelanggang futsal FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, diserahkan secara rasmi hari ini kepada pihak pengurusan FELDA berkenaan.

Majlis penyerahan itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Rizal Jamin dan turut dihadiri Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman.

Sebanyak lapan pasukan futsal dari tanah rancangan berkenaan menyertai kejohanan tertutup bersempena penyerahan gelanggang itu.

Majlis terbabit adalah sebahagian daripada program Hasrat MADANI yang dikendalikan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Parlimen Jerantut.

Hadir sama Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud dan Pengurus Operasi Negeri JKOM Pahang, Muhayudin Salleh.

Kerja naik taraf gelanggang futsal berkenaan membabitkan kos kira-kira RM200,000.

Selain pertandingan futsal, program Hasrat MADANI Parlimen Jerantut turut mengadakan sesi podcast bersama pempengaruh, Wan Mahussin Wan Zain yang disertai anak muda tanah rancangan berkenaan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar