Tujuh lembu korban sumbangan ADUN Tellian diagih ke masjid, surau

MUKAH – Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dalam menyemarakkan syiar Islam diteruskan lagi tahun ini menerusi sumbangan tujuh ekor lembu korban kepada masjid dan surau di sekitar kawasannya.

Majlis penyerahan haiwan ternakan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha itu disempurnakan beliau di sebuah kandang ternakan di Kampung Judan pada Sabtu.

Menurut Royston, inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan beliau sejak empat tahun lalu bagi menghidupkan kelangsungan ibadah korban, di samping memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.

“Dengan penuh rasa syukur, sumbangan ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak.

“Semoga lembu yang disumbangkan ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta memberi manfaat besar kepada seluruh komuniti dalam menyambut Aidiladha tidak lama lagi,” katanya.

Majlis ringkas penyerahan haiwan berkenaan berlangsung kira-kira pukul 4.30 petang.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar segala urusan masyarakat dipermudahkan, selain sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

“Ibadah diperkasa, kebajikan dipelihara, masyarakat terus diperkukuh demi keamanan dan keharmonian Sarawak Ibu Pertiwi,” tegasnya.

Untuk rekod, sumbangan tahunan tersebut secara tidak langsung membuktikan keprihatinan kepemimpinan tempatan yang sentiasa cakna dengan keperluan institusi keagamaan serta kebajikan masyarakat akar umbi di Tellian.

Related Posts

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

KUANTAN – Seramai 20 penduduk FELDA Sungai Tekam Utara, dekat Jerantut menerima sumbangan Bakti Negeri (BN) Pahang, petang ini. Sumbangan itu diserahkan kepada penerima oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

KUANTAN – Gelanggang futsal FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, diserahkan secara rasmi hari ini kepada pihak pengurusan FELDA berkenaan. Majlis penyerahan itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Rizal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam