Lebih 80 penduduk Mukah jayakan kursus sembelihan amali

MUKAH – Lebih 80 peserta dari sekitar daerah ini menyertai Program Akikah Perdana dan Kursus Penyembelihan Binatang Korban dan Akikah Tahun 2026/1447H di Masjid Setiaraja Mukah pada Sabtu.

Program bagi memperkukuh kefahaman masyarakat berkenaan kaedah penyembelihan menurut syariat Islam itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Royston berkata, penganjuran program berkenaan dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memberi pendedahan secara teori dan amali kepada masyarakat, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman umat Islam berkenaan hukum-hakam penyembelihan, malah membantu memastikan setiap proses korban dan akikah dilaksanakan dengan sempurna serta menepati syariat.

“Ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari teknik yang betul selain memahami aspek kebersihan, keselamatan dan tuntutan agama,” katanya.

Sebagai tanda sokongan, Royston turut menyumbangkan seekor lembu untuk digunakan dalam sesi praktikal kursus tersebut sebelum haiwan berkenaan dimanfaatkan bagi Program Akikah Perdana di masjid itu.

Sumbangan berkenaan disambut baik oleh para peserta dan jawatankuasa penganjur yang menyifatkannya sebagai bukti sokongan berterusan wakil rakyat terbabit terhadap usaha memperkasa aktiviti keagamaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian.

Untuk rekod, sepanjang kursus tersebut, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting termasuk syarat sah penyembelihan, kaedah pengendalian haiwan, penggunaan peralatan yang sesuai serta teknik melapah dan pengurusan daging.

Malah, mereka juga berpeluang mengikuti sesi demonstrasi secara langsung yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang penyembelihan halal.

Rata-rata peserta menyambut baik penganjuran program itu dan berharap kursus sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat generasi muda serta penduduk setempat.

Selain memperkukuh ilmu keagamaan, program tersebut turut menjadi platform mengeratkan silaturahim melalui aktiviti gotong-royong penyediaan makanan akikah.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan