Limpahan pakej Maju Johor sudah cukup, tak perlu manifesto baharu – Syed Hussien

KLUANG – Limpahan pakej Maju Johor sudah memadai untuk memajukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Johor amnya.

Justeru, tiada keperluan untuk calon Barisan Nasional (BN) merangka manifesto baharu sebaliknya meneruskan usaha yang sudah direncana oleh kerajaan negeri.

Calon BN DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, mandat pentadbiran hanya berbaki 2 tahun saja lagi maka beliau hanya berhasrat meneruskan usaha kerajaan negeri di bawah pakej Maju Johor.

“Memandangkan ini adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) dan hanya berbaki 2 tahun sahaja lagi. Kita perlu meneruskan usaha kerajaan negeri ini dan limpahannya perlu kita bawa ke kawasan kita.

“Banyak lagi pakej dari kerajaan negeri sebenarnya, antaranya antaranya Johor Special Financial Zone yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi tadi.

“Ia juga akan memberi satu impak yang bagus, memandangkan tidak lama lagi KTM elektrik juga akan dibangunkan. Maka ini antara perkara yang saya rasa sepatutnya kita perlu rancakkan dalam keadaan semasa dan seperti biasa infrastruktur juga dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kenduri sekampung di Masjid Kg Tengah, pada Jumaat.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan merancang untuk melaksanakan projek KTM komuter di bandar raya Johor Bahru bagi mengintegrasikan pelbagai pengangkutan awam di negeri ini, selain mengoptimumkan pembangunan landasan berkembar elektrik Johor Bahru – Gemas.

Mengulas lanjut berkait perkembangan itu, Syed Hussien memberitahu, dalam tempoh 2 tahun ini beliau perlu menjaga and rakyat N29 Mahkota dan rakyat mengambil manfaat daripada projek-projek itu.

“Limpahan daripada pakej Maju Johor ini antaranya dari segi soal pembangunan usahawan, perumahan. Malah dari segi pengangkutan awam juga dinaik taraf daripada KTM biasa dinaik taraf sebagai kereta api elektrik. Ini antara perkara yang perlu kita kembangkan dan kita perkasakan kerana perkara (pembangunan) itu sudah ada.

“Maka sekiranya hari ini kita mengeluarkan manifesto yang lain, justeru apa yang ada di hadapan kita ini tidak diutamakan. Apa yang kita perlu adalah utamakan perkara yang dah ada, dan mengikut asas daripada dasar kerajaan negeri itu sendiri,” jelas Syed Hussien.

Beliau malah mengakui tidak terkesan sekiranya calon lawan daripada Perikatan Nasional (PN) mengumumkan manifesto.

“Bagi saya manifesto ini hanya nak memikat hati pengundi saja.

“Menurut pendapat peribadi saya kerana hanya tinggal 2 tahun untuk kita menghadapi pilihan raya negeri sebab itu fokus utama saya ialah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat,” katanya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China