Ada syarikat jual projek naik taraf internet kepada pihak lain – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mendedahkan tindakan beberapa syarikat didapati menjual projek pembangunan dan naik taraf internet yang diperoleh kepada pihak lain.

Tanpa menyatakan lokasi dan nama syarikat terbabit, beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab syarikat tersebut untuk menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Saya tidak menyentuh negeri mana, tetapi perkara ini sudah berlaku dan saya minta pasukan untuk meneliti (kerana) kita tidak mahu apa-apa kelewatan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Fahmi berkata, isu itu membabitkan syarikat yang mendapat projek di beberapa tempat, namun tidak melaksanakan projek itu sehingga pihak kementerian terpaksa memberi amaran paling keras.

Malah, katanya, ada syarikat mengaku menjual projek itu kepada pihak lain, sekali gus menimbulkan persoalan cara syarikat asal memperoleh projek tersebut.

“Kita sudah minta mereka mempercepatkan proses. Sekiranya gagal, tindakan berpandukan undang-undang boleh diambil.

“Setakat ini, saya serahkan kepada KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa) untuk meneliti dan melaksanakan penambahbaikan kepada pelaksanaan projek tersebut,” katanya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal