Anwar sindir tak nampak pembangkang bila nilai ringgit naik

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyindir pemimpin pembangkang yang tidak memberi reaksi terhadap pengukuhan ringgit.

Perdana Menteri berkata, akan berlaku sebaliknya jika nilai ringgit merosot atau ditutup di paras rendah.

“Alhamdulillah, ringgit lebih baik walaupun kadang-kadang rakan sebelah sana tak nampak, tetapi kalau ringgit jatuh, dia hentam dan caci berterusan.

“Oleh itu, bila ringgit kita kuat, kita katalah Alhamdulillah,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam Puchong, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong 50 mata asas kadar faedah, beliau berkata, langkah itu akan mengukuhkan lagi kekuatan ringgit.

Nilai ringgit mencecah 4.20 berbanding dolar AS hari ini.

Keputusan Fed AS menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.

Langkah bank pusat AS menurunkan 50 mata asas pada Rabu lalu yang juga pertama dalam tempoh empat tahun, akan menyaksikan pelonggaran dasar monetari yang ketat selain menyuntik keyakinan terhadap mata wang yang susut, kata penganalisis.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok