Perlis Isytihar GISB Ajaran Sesat

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan bahawa ajaran dalam GISB Holdings Sdn. Bhd. mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya batiniah.

Perlis menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keputusan ini dibuat setelah jawatankuasa menerima bukti yang kukuh.

“Unsur batiniah ini adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat,” katanya.

Dr. Asri menjelaskan, pengikut GISB mengkultuskan pemimpin mereka sehingga dianggap setaraf dengan Nabi SAW atau mempunyai keajaiban seperti Tuhan.

“Kesan daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau.

“Pengikut GISB taat kepada pemimpin mereka walaupun bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya.

Selain itu, mereka turut mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin.

GISB juga dikatakan mewujudkan hukum syarak baharu untuk menjustifikasi aktiviti mereka yang bertentangan dengan Islam.

“Jawatankuasa Fatwa turut menyimpulkan bahawa model ekonomi GISB tidak menepati prinsip ekonomi Islam.Ia didapati menindas dan mengeksploitasi ahli, termasuk kanak-kanak dan wanita.

“Oleh itu, semua ajaran dan aktiviti GISB diharamkan, manakala bantuan pemulihan disarankan untuk bekas ahli yang ingin keluar dari kumpulan tersebut,” jelasnya.

Related Posts

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

KANGAR – Kurang satu peratus banduan yang menjalani program pemulihan dalam komuniti di Perlis kembali melakukan kesalahan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan itu dalam membantu mereka kembali kepada masyarakat. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis