‘Sayang, bijak berniaga tapi hidup dalam kultus sesat’

Oleh: Mai S, Siti, A. Athirah, Johari Osman

KUALA LUMPUR – “Saya betul-betul kecewa dan sedih apabila tahu tentang berita ini,” demikian reaksi seorang pesara selepas membaca berita mengenai 402 kanak-kanak yang berjaya diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah rumah amal milik rangkaian syarikat GISB Holdings (GISBH) baru-baru ini.

Menurut Kala, 57, yang berketurunan India, isu eksploitasi dan penderaan fizikal dan mental terhadap kanak-kanak sememangnya sangat menyedihkan apatah lagi apabila ia berlaku di negara ini.

“Manusia macam manalah mereka itu, budak-budak itu masih kecil, sampai hati mereka buat begitu, ditinggalkan di rumah anak yatim. Betul-betul kecewa masa saya dengar cerita, memang dah panas hati dan tidak adil buat kanak-kanak tersebut.

“Ini bukan lagi tentang isu agama dan bangsa tetapi ini isu kemanusiaan, ada yang saya dengar, ibu bapa mereka tidak tanggungjawab, cuma melahirkan anak-anak sahaja jadi apabila mereka buat kesalahan macam ini, anak-anak yang jadi mangsa,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Jelas Kala, kalau ibu bapa tidak mampu bertanggungjawab untuk anak-anak mereka, bagaimana orang lain boleh menggalas peranan tersebut dan berharap agar kecelaruan ini dapat dihentikan segera oleh pihak berkuasa.

“Di Malaysia hukumannya tidak berat, sebab itu mereka berani buat lagi, dan langsung tidak takut. Saya sangat berharap kerajaan Malaysia akan kenakan tindakan yang berat buat mereka yang menganiaya kanak-kanak terbabit.

“Saya rasa macam tiada lagi keselamatan untuk budak perempuan sekarang, takut. Dulu kita dengar, di India sahaja ada kes rogol dan penderaan sebegini namun sekarang di Malaysia pun ada, susah hati dengar,” ujarnya.

Kala turut menasihati orang awam supaya berhenti memberi sokongan kepada mereka yang sudah terang-terang menganiayai dan mengabaikan kanak-kanak.

“Saya haraplah kalau orang awam tahu, kenalah boikot perniagaan mereka (GISBH). Kita mesti kena ajar dan jangan biar mereka buat macam itu sesuka hati. Kalau dibiar macam sekarang ini, teruk lagi akan berlaku akhirnya nama Malaysia juga yang tercemar,” katanya.

Turut kecewa dengan penganiayaan kanak-kanak terbabit, seorang suri rumah, Aiza Mohd Rafi, 35, yang tekad untuk tidak memberi sokongan kepada GISBH dengan cara memboikot perniagaan mereka.

“Selepas dah tahu tentang mereka aniaya kanak-kanak, saya semestinya tidak akan menjejakkan kaki lagi ke premis perniagaan mereka, biar tidak makan asalkan tidak rasa bersalah terhadap anak-anak kecil yang tidak berdosa itu,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan The Malaysia Press di media sosial, pelbagai video pendedahan yang memaparkan kes penganiayaan kepada kanak-kanak di rumah amal terbabit sekaligus membuka mata ramai pihak tentang kecelaruan yang berlaku di dalam GISBH.

“Sayang, bijak berniaga tapi hidup dalam kultus sesat,” kata pemilik akaun Facebook Mat Saleh.

“Isu GISB tidak berkisar hal roti semata-mata, ia berkisar hal penghambaan moden, kanak-kanak dipaksa bekerja, kutip derma, dinafikan hak mereka untuk ke sekolah, ada juga yang bekerja tidak diberi gaji, pusat asuhan kelolaan GISB diisytihar sebagai pusat jagaan anak yatim walhal anak-anak mereka,” ujar pemilik akaun Facebook Malieq Mohamed.

“Islam tidak ajar mewajibkan letak air berkat (bulu badan, darah bekam) dalam setiap masakan, itu dah kotor dari segi kebersihan, belum lagi pemahaman mereka untuk berdoa dan berselawat atas Abuya, tolonglah buka mata, bukan pasal nak jatuhkan orang Islam sendiri, tapi jangan tunggang agama demi kepentingan,” komen seorang pengguna.

Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang masih terpengaruh dan membela perniagaan GISB Holdings serta mendakwa bahawa pendedahan tentang kesesatan mereka itu hanyalah satu agenda jahat untuk menjatuhkan ekonomi orang Islam.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok