Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

PUTRAJAYA – Tindakan mengaitkan sijil tahfiz dengan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan bukan sahaja tidak wajar, malah berpotensi mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, persepsi mengaitkan tahfiz dengan UEC hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, seolah-olah sijil tahfiz sebelum ini tidak diiktiraf.

Sedangkan, beliau menegaskan, program tahfiz telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara dan mempunyai garis panduan yang jelas, termasuk syarat kemasukan ke universiti yang memerlukan pelajar memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lengkap.

“Pelajar tahfiz jika mahu meneruskan
pendidikan di universiti, mereka memang perlu melampirkan sijil SPM, wajib lulus Sejarah, Bahasa Melayu dan lengkap sijil penuh enam mata pelajaran. Jadi, pengiktirafan sijil tahfiz itu telah lama berlaku. Jadi tidak menjadi isu dan tidak wajarlah tahfiz dikaitkan dengan UEC

“UEC adalah perkara baharu berbanding program tahfiz atau A-level telah lama dilaksanakan. Apabila ia dimasukkan dalam pekeliling, ia memberi gambaran seolah-olah wujud persoalan terhadap pengiktirafan tahfiz, sedangkan hakikatnya ia telah lama difahami dan diterima masyarakat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Anuar berpendapat, dakwaan bahawa pengiktirafan terhadap UEC akan mencabar kedudukan sistem pendidikan kebangsaan adalah tidak tepat dan perlu difahami dalam konteks sebenar berikutan tiada kuota penuh diberi terhadap peperiksaan itu.

Beliau yang juga pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan berkata, perkara itu menunjukkan dasar sedia ada masih meletakkan sistem pendidikan kebangsaan sebagai asas utama, sekali gus menolak tanggapan bahawa UEC diberi keistimewaan.

“Kalau ada komen mengatakan mengapa kerajaan mengiktiraf UEC ini akan mencabar kedudukan, kita kena faham bahawa sebelum ini pun memang telah ada pengiktirafan kepada sijil lain. KPT pun memaklumkan UEC tidak pernah diiktiraf sepenuhnya.

“Kalau mereka diiktiraf sepenuhnya, ini bermaksud hanya dengan sijil UEC sahaja mereka sudah boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPTA. Itu barulah pengiktirafan penuh yang tidak pernah diberikan kepada calon UEC,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan perlu membiayai sepenuhnya pengajian mereka di IPTA tanpa sebarang subsidi kerajaan bagi memastikan keadilan dalam pengagihan dana awam serta mengekalkan keutamaan kepada pelajar daripada sistem pendidikan kebangsaan.

“Mereka datang daripada luar sistem pendidikan kebangsaan walaupun layak dari segi merit akademik tetapi mereka harus mengambil maklum bahawa kehadiran mereka itu adalah atas pembiayaan sendiri. Tidak adil jika mereka mendapat pembiayaian daripada kerajaan.

“Saya rasa itu yang menyebabkan dasar kerajaan konsisten kepada usaha untuk memastikan sistem pendidikan kebangsaan itu menjadi pilihan kepada masyarakat. Kalau ada tidak mahu dalam sistem kebangsaan tak menjadi isu tetapi biayai sendiri pendidikan anak-anak mereka kerana tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, (MINDA-UKM) itu berkata, pengiktirafan yang dilakukan oleh kerajaan akan membuka lebih banyak pilihan kepada pelajar yang selama ini wajib mengikuti tempoh persekolahan selama 11 tahun untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, peranan kerajaan adalah memastikan sebarang sijil seperti UEC perlu melalui proses penilaian dan audit yang telus oleh pihak berautoriti seperti Majlis Peperiksaan Malaysia serta badan audit penggubalan peperiksaan bagi menjamin kesetaraannya.

“Di luar negara, banyak universiti telah menerima UEC namun bukan bermakna ia diiktiraf kerana mereka masih mengutamakan sistem pendidikan kebangsaan. Ini bermaksud mereka hanya mengalu-alukan sahaja merana itu adalah sebahagian daripada perniagaan khususnya universiti swasta.

“Lantaran itu, kita boleh memahami tujuan yang dilakukan. Bagi saya tidak ada isu berkaitan dengan UEC ini boleh diterima untuk masuk ke institusi pendidikan, asalkan mereka mesti membayar penuh kerana mereka tidak datang dari sistem pendidikan kebangsaan dan mereka juga harus mempunyai SPM dan sebagainya.

Terdahulu, Ketua Pengarah KPT, Datuk Prof Dr Azlinda Azman memaklumkan, pihaknya tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran UEC, sebaliknya sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut beliau, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti.

Related Posts

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

JOHOR BAHRU – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan serta pimpinan dari seluruh negara membuka tirainya hari ini dengan memberi tumpuan kepada persediaan jentera menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

PELANTIKAN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dilihat sebagai usaha Perikatan Nasional untuk menampilkan wajah baharu pembangkang yang lebih sederhana dan profesional. Namun di sebalik penampilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang