‘Kesalahan fatal’ membicarakan jahiliyah sahabat tanpa sandaran muktabar

PUTRAJAYA – Kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang memperincikan latar belakang negatif terhadap sahabat Rasulullah SAW disifatkan sebagai satu kesilapan serius dari sudut disiplin ilmu sirah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Yusry Affandy Md Isa al-Hafiz berkata, tindakan memperincikan kejahatan individu tanpa sandaran daripada sumber muktabar (autoriti) dikira sebagai “fatal besar” susulan tidak diriwayatkan dalam kitab-kitab utama sirah selain berlawan dengan fakta serta nas tertentu.

“Pendetailan kejahatan juga tidak disebut dalam kitab-kitab fiqh moden yang terkenal sebagai wadah analisis, penghimpun fakta utama serta kitab yang mengetengahkan pengajaran terpenting. Contohnya Fiqh al-Sirah karangan Imam Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti & Syeikh Muhammad al-Ghazali serta al-Rahiq al-Mahktum Syeikh al-Mubarakfuri.

“Pengarang seperti Syeikh al- Mubarakfuri & Syeikh Muhammad al-Ghazali lebih menulis secara umum tentang amalan jahiliyah masyarakat Makkah seperti penyembahan berhala, penindasan terhadap golongan lemah/wanita serta amalan riba dan judi.

“Zina ada dilakukan tetapi kitab-kitab sirah analisis moden dan kitab turath sirah Ibn Hisham tidak menyenaraikan sesiapa yang terlibat dalam amalan zina. Ini kerana zina adalah jenayah amat mengaibkan Bangsa Arab walaupun ada yang melakukannya,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.

Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang ‘bapa ceti’ yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.

Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Yusry berkata, kitab-kitab sirah utama juga tidak meriwayatkan secara spesifik perlakuan keji terhadap tokoh-tokoh sahabat sebagaimana yang didakwa dalam ceramah berkenaan.

Beliau memaklumkan, ucapan Nik Muhammad Zawawi bahawa Abu Bakar as-Siddiq sebagai seorang ‘bapa ceti’ tidak pernah diriwayatkan dalam sirah muktabar seperti al-sirah al-Nabawiyyah Imam Ibn Hisham dan al-Bidayah al-Nihayah Imam Ibn Kathir selain merupakan insan baik sebelum memeluk Islam.

“Dalam kitab-kitab sirah ketika menceritakan pengislaman Umar al-Khattab, akan menyebut sebagai orang keras, orang penting Quraish dan peminum arak tegar namun catatan manuskrip muktabar tidak menyelitkan perilaku ‘mengusik’ wanita-wanita. Saidina Hamzah, Uthman, Ali, adalah mereka berasal daripada yang tiada agama sebelum Rasulullah SAW menyampaikan dakwah Islam.

“Secara naratif mereka berada di zaman jahiliyyah. Saidina Hamzah pula adalah tokoh berani semasa jahiliyah. Dalam sesetengah riwayat, menyebut Hamzah peminum arak tegar sebelum turun syariat yang mengharamkannya.

“Menurut Imam Ibn Hajar di dalam al-Isabah, Saidina Ali pula adalah kanak-kanak berumur 10 tahun. Amat mustahil terlibat dalam aktiviti radikal maksiat dan kejahatan, selain wajahnya tidak pernah dihadapkan kepada berhala. Saidina Uthman terkenal amat pemalu semasa jahiliyah dan sesudah Islam,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Muhammad Yusry menyarankan bekas Ketua Dewan Ulamak Pas itu memperbetulkan semula penceritaan tidak tepat tersebut kerana bimbang orang ramai akan ‘terbawa’ dengan fakta disampaikannya tanpa sandaran yang kuat.

“Berdasarkan analisis adil, ceramah itu telah tersilap besar kerana memerincikan kejahatan para sahabat semasa jahiliyah. Amat wajar dibetulkan segera, sesuai dengan status beliau seorang pemimpin dan juga salah seorang ilmuan Pantai Timur.

“Hakikatnya mana-mana pengucap, ilmuan atau pemimpin boleh silap dan salah. Menjadi benar semula ialah apabila betulkan yang ralat. Juga sikap kita tidak cuba rosakkan perkara yang boleh dibaiki. Inilah ajaran Islam. Tegur serta tunjuk jalan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC