Rakyat Negeri Sembilan semakin yakin urusan tanah secara digital

KUALA LUMPUR – Rakyat Negeri Sembilan kini semakin cenderung memilih platform digital bagi urusan berkaitan tanah. Penggunaan portal elektronik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (ePTGNS) terus mencatat peningkatan ketara.

Perkembangan ini membuktikan tahap celik teknologi dalam kalangan masyarakat semakin tinggi, menunjukkan kesediaan mereka untuk beralih kepada perkhidmatan digital.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, trend tersebut jelas memperlihatkan perubahan masyarakat yang beralih kepada perkhidmatan dalam talian yang lebih pantas, mudah dan efisyen.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Sistem e-Tanah Negeri Sembilan yang berlangsung di Le Meridien Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jumlah pengguna berdaftar portal ePTGNS meningkat daripada 22,741 pada tahun 2021 kepada 88,062 setakat tahun 2026, sekali gus membuktikan penerimaan rakyat yang semakin memberangsangkan terhadap perkhidmatan digital.

“Dari segi jumlah transaksi digital, sebanyak 134,292 urus niaga direkodkan pada tahun 2022, sebelum meningkat kepada 234,420 urus niaga pada tahun 2025, iaitu pertambahan hampir 174.5 peratus, bersamaan 100,128 urusan secara dalam talian.

“Nilai transaksi bagi pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga menerusi sistem e-Perserahan, turut meningkat daripada RM38.751 juta pada tahun 2024, kepada RM49.887 juta pada tahun 2025, dengan pertambahan nilai transaksi sebanyak RM11.137 juta.

“Daripada aspek kutipan hasil pula, bayaran cukai tanah secara dalam talian, mencatatkan peningkatan yang sangat ketara, daripada RM24.482 juta pada tahun 2022 kepada RM109.633 juta pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak RM85.151 juta.

“Malah sehingga 30 April 2026, dalam tempoh hanya empat bulan, kutipan hasil tanah secara dalam talian telah mencecah RM44.794 juta, melibatkan 107,380 transaksi digital, iaitu melebihi 300 peratus berbanding tempoh sama pada April 2025,” katanya.

Trend peningkatan jumlah pengguna, transaksi digital serta kutipan hasil secara dalam talian turut memperlihatkan penerimaan yang semakin kukuh terhadap sistem digital kerajaan. Pengenalan sistem e-Tanah Negeri Sembilan dilihat tepat dalam memastikan pengurusan data tanah menjadi lebih pantas dan selamat.

Related Posts

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban