MP Pasir Puteh digesa taubat, mohon maaf secara rasmi – Pengarah YADIM Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Kamal Nazmi Kamarudin menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan ucapan kontroversi yang disifatkan menggores sensitiviti masyarakat serta mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah dilihat tidak mencerminkan akhlak dan adab seorang pemimpin yang membawa imej Islam.

Kamal Nazmi berkata, sebagai tokoh politik yang mempunyai pengaruh besar kepada masyarakat, setiap ucapan perlu dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab bagi mengelakkan perpecahan serta salah faham dalam kalangan rakyat.

“Dalam Islam, lidah pemimpin membawa amanah besar. Sebarang ucapan yang boleh menimbulkan fitnah, penghinaan atau kekeliruan kepada masyarakat perlu diperbetulkan segera.

“Justeru, saya berpandangan Ahli Parlimen Pasir Puteh wajar bertaubat dan membuat permohonan maaf secara rasmi kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya politik yang keterlaluan sehingga sanggup menggunakan ucapan provokatif hanya akan merosakkan keharmonian masyarakat dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.

Katanya, rakyat hari ini semakin matang dalam menilai sikap pemimpin dan tidak lagi mudah menerima pendekatan politik yang berasaskan emosi, kebencian serta retorik melampau.

“Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika berlaku kesilapan, keberanian untuk mengakui dan memohon maaf adalah tindakan paling terhormat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, ucapan Nik Zawawi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi termasuk kritikan daripada beberapa pihak yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar serta berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.

Isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial dengan ramai menyifatkan pemimpin politik sewajarnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan sensitiviti rakyat dan perpaduan negara.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor