Vijay hargai ucapan Anwar, tekad mahu eratkan hubungan Malaysia dan Tamil Nadu

PELAKON popular Tamil yang kini bergelar ahli politik, C Joseph Vijay, menzahirkan penghargaan di atas ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu.

Menerusi kenyataan balas di platform X, Vijay menzahirkan komitmennya untuk mempererat hubungan antara Tamil Nadu dan Malaysia.

“Saya amat berbesar hati menerima ucapan tahniah penuh mesra daripada Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Terima kasih atas penghargaan dan keprihatinan yang diberikan.

“Saya komited untuk terus memperkukuh kerjasama serta mempererat hubungan persahabatan antara Tamil Nadu dan Malaysia,” katanya, pada Selasa.

Sebelum ini, Anwar merakamkan ucapan tahniah kepada Vijay atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu.

Menerusi kenyataan di Facebook milikya, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan erat dan Anwar teruja untuk bekerjasama dengan Vijay.

Mengulas lanjut mengenai hubungan diplomatik, Menteri Kewangan itu menegaskan Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai ikatan sejarah, budaya, dan hubungan antara rakyat yang sangat mendalam merentasi generasi.

“Kita sedia untuk bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri yang baharu itu bagi memperkukuh hubungan dua hala pada masa hadapan.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri Vijay dalam tahun-tahun mendatang bagi manfaat bersama kedua-dua pihak,” katanya.

Anwar turut menyentuh mengenai perjalanan karier seni Vijay yang sering membawa watak sebagai pejuang rakyat dalam filem lakonannya sebelum ini.

“Selama bertahun-tahun, peminat setia Vijay menyaksikan aksi dan lakonannya menumpaskan ahli politik korup dan pelbagai watak jahat dalam tempoh tiga jam, biasanya selepas waktu rehat yang singkat.

“Kini, rakyat Tamil Nadu sudah memberikan kepercayaan kepada Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana peranan yang pernah dimainkan di skrin perak,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor