PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini.

Menurut beliau, lawatan kali ini cukup bermakna kerana ia membawa kembali memori lawatan terdahulu pada 10 November 1994 bagi meletakkan batu asas serta melakukan pecah tanah sebagai simbolik permulaan pembinaan sekolah tersebut.

“Sebaik tiba di Karakit selepas dari Pos Dogoton, saya dibawa ke SMK Banggi, lokasi sama yang pernah saya kunjungi sekitar 32 tahun lalu.

“Ketika itu, kami memulakan usaha membina sekolah ini demi memastikan anak-anak di Pulau Banggi mendapat akses pendidikan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan yang sehingga kini kekal sebagai satu-satunya sekolah menengah di Pulau Banggi.

Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri turut berkesempatan bertemu bekas pengetua sekolah, Cikgu Abdul Kadir Junaidil yang pernah memimpin SMK Banggi ketika mula membuka pintunya kepada pelajar pada tahun 1997.

Anwar berkata, sebelum kewujudan sekolah itu, ramai pelajar dari Pulau Banggi terpaksa ke tanah besar Kudat untuk menyambung persekolahan, malah ada yang tercicir daripada pendidikan akibat kekangan kos dan kesukaran perjalanan.

“Alhamdulillah, sekolah yang suatu ketika dahulu hanya sebuah tapak kini berdiri megah dan menjadi medan mencorak masa depan masyarakat di pulau ini.

“Pertemuan dengan anak-anak Banggi yang pernah menimba ilmu di sini dan kini berjaya dalam kehidupan memberi makna besar buat saya,” katanya.

Beliau turut berharap generasi muda di Pulau Banggi akan terus mencapai kejayaan, kembali menyumbang kepada masyarakat serta bersama-sama membangunkan kawasan itu demi masa depan yang lebih adil dan bermaruah.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang