Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap enam pemimpinnya, termasuk memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung keahlian empat lagi pemimpin parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan setakat jam 7 malam tadi, ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dipecat daripada parti itu.

Menurut notis dikeluarkan, kedua-dua pemimpin itu dipecat daripada parti mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan parti kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli, lapor Sinar Harian.

Selain itu, beberapa lagi pemimpin dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.

Empat lagi pemimpin Bersatu digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti iaitu ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.

Menurut notis berkenaan, penggantungan itu turut menyebabkan ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada semua jawatan dipegang dalam parti dan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh penggantungan.

Kesemua tindakan disiplin itu diputuskan selepas Lembaga Disiplin Bersatu bersidang dan mendapati mereka melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli parti.

Semua individu terbabit bagaimanapun diberi ruang mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

Related Posts

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 hari ini menumpukan perbincangan terhadap pelbagai strategi bagi menangani ketidaktentuan global yang semakin mencabar susulan konflik yang berlarutan di Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik secara terbuka menyahut pelawaan untuk berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Maszlee…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat