Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

CEBU – Kerajaan menegaskan setiap cadangan untuk meningkatkan hasil negeri perlu dinilai secara berhati-hati dengan mengambil kira kesan terhadap ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pusat memahami keperluan negeri untuk menjana pendapatan tambahan, namun sebarang aktiviti melibatkan sumber alam tidak boleh dilaksanakan tanpa kawalan dan penelitian menyeluruh.

Beliau berkata, perkara itu termasuk pandangan yang dibangkitkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan usaha menambah hasil negeri Pahang.

“Saya hormat Tengku Mahkota, tetapi sepatutnya Tengku Mahkota patut faham juga tentang makro bahawa peruntukan ke negeri Pahang itu besar, bukan kecil.

“Saya akan minta Menteri Kewangan II menulis, memberikan penjelasan keseluruhannya, peruntukan untuk negeri Pahang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 di Cebu, Filipina, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan sentiasa bersedia menerima teguran dan pandangan daripada pelbagai pihak, namun setiap isu perlu dinilai berdasarkan konteks ekonomi negara secara keseluruhan.

Menurut beliau, negara ketika ini berdepan cabaran besar termasuk tekanan ekonomi semasa, kedudukan fiskal dan usaha membendung pembaziran dalam pengurusan kewangan.

“Sementara boleh memberi teguran, tetapi saya fikir munasabah kalau dengar dulu apa dia konsep makro ekonomi, apa dia tekanan ekonomi sekarang, apa dia pembaziran yang berlaku oleh banyak kalangan.

“Jadi harus kita tangani ini semua. Tentunya sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Hassanal dilaporkan menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan pusat yang tidak meluluskan beberapa cadangan bagi meningkatkan hasil negeri Pahang, termasuk eksport pasir sungai.

Related Posts

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap enam pemimpinnya, termasuk memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung keahlian empat lagi pemimpin parti itu berkuat kuasa serta-merta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam