Malaysia, Singapura dan Laos perluas kerjasama demi kestabilan ASEAN

CEBU – Malaysia mempergiat usaha memperkukuh hubungan dua hala dengan Singapura dan Laos menerusi pelbagai kerjasama strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, keterhubungan serantau dan kestabilan ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, memfokuskan usaha mempercepat pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapore Special (JS-SEZ) selain memastikan projek Rapid Transit System (RTS) Link siap dan beroperasi menjelang penghujung 2026.

Menurut beliau, kedua-dua negara turut membincangkan peluasan kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, Grid Tenaga ASEAN dan teknologi Pemerangkapan serta Penyimpanan Karbon (CCS).

“Turut dibincangkan, usaha memperluas kerjasama tenaga boleh diperbaharui dan Grid Tenaga ASEAN, di samping memperdalam kerjasama dalam bidang Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS),” katanya sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan sidang berkaitan di sini.

Anwar berkata, Malaysia dan Singapura juga menekankan kepentingan meneruskan rundingan berkaitan sempadan maritim secara konstruktif dan berpandukan undang-undang antarabangsa.

Katanya, isu membabitkan bekalan air, ruang udara dan pengurusan Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR) turut dibincangkan secara berhemah menerusi semangat persefahaman dua hala.

“Dalam membicarakan perkembangan serantau dan antarabangsa, Malaysia menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Asia Barat, kebebasan pelayaran di Selat Hormuz serta keperluan ASEAN terus memainkan peranan yang berprinsip dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kelangsungan rantaian bekalan global,” katanya.

Dalam pertemuan berasingan bersama Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, kedua-dua negara bersetuju memperluas kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, pendidikan tinggi, pertahanan, telekomunikasi dan keterhubungan serantau.

“Malaysia turut menyokong usaha memperkasa integrasi ekonomi dan logistik ASEAN termasuk jaringan rel ASEAN Express yang menghubungkan Malaysia, Thailand, Laos dan China serta kerjasama tenaga serantau melalui Projek Integrasi Kuasa Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS-PIP),” katanya.

Beliau berkata, semangat Malaysia MADANI dan kebersamaan ASEAN perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan mampan, perkongsian kemakmuran dan kestabilan serantau dapat dicapai secara bersama.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, turut menyertai kedua-dua pertemuan berkenaan.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang