MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini.

Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati sebahagian kandungan tersebut menyentuh isu ekonomi sensitif termasuk harga bahan api, isu laluan perdagangan di Selat Hormuz serta gangguan rantaian bekalan global.

Beliau berkata, pola penyebaran yang dikesan turut menunjukkan kemungkinan wujud tindakan terselaras oleh pihak tertentu.

“Berdasarkan siasatan MCMC, kita tidak dapat menolak kemungkinan wujud usaha terselaras untuk menyebarkan maklumat palsu, yang dikenali sebagai Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB).

“Ini kerana terdapat hantaran yang menggunakan grafik sama, muncul pada waktu hampir serentak dan bertujuan untuk diedarkan secara meluas,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, kerajaan memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam serta mengganggu keyakinan terhadap situasi ekonomi semasa.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pihak terlibat, termasuk membawa lima kes ke mahkamah, manakala lapan lagi dikenakan kompaun.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar