Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 8 pagi ini.

Jemputan khas daripada Presiden Rusia, Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia, lapor Bernama.

Berangkat sama ke Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad.

Hadir sama, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Johor serta pegawai kerajaan negeri.

Related Posts

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion. Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni