60 kit pengurusan jenazah lengkap diedar kepada 12 masjid

TAWAU – Sebanyak 60 kit pengurusan jenazah lengkap diagihkan kepada 12 masjid sekitar Kukusan sebagai usaha awal komuniti berdepan situasi menguruskan kematian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, persediaan awal amat penting dan tidak wajar hanya dilakukan ketika berdepan situasi kecemasan.

“Setiap masjid menerima lima kit yang diserahkan terus kepada wakil bagi memastikan kelengkapan sentiasa mencukupi dan tersusun apabila diperlukan.

“Perkara seperti ini tidak boleh ditangguhkan sehingga saat akhir.

“Kita mahu setiap masjid sentiasa bersedia supaya pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan sempurna, ” katanya kepada media, pada Rabu.

Menurut Rina, program agihan kit ini memasuki tahun kedua pelaksanaannya selepas menerima maklum balas positif daripada pihak masjid serta komuniti setempat.

Rina yang juga Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berkata, pengalaman beliau sendiri terlibat dalam pengurusan jenazah sebelum ini membuka ruang memahami keperluan sebenar di peringkat akar umbi.

“Saya pernah turun padang membantu mengurus jenazah dan mendapati sumbangan seperti ini sangat diperlukan, sekali gus memberi manfaat besar kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, kita menambah baik kit yang disumbangkan tahun ini supaya lebih lengkap dan berkualiti berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambah Rina, pihaknya berusaha menyediakan kelengkapan yang lebih sempurna agar dapat membantu keluarga yang memerlukan dengan sebaiknya.

Justeru, beliau mengalu-alukan pihak masjid untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat keperluan tambahan bagi memastikan usaha kebajikan itu dapat diteruskan dan lebih menyeluruh.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar