Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan mengambil pendirian berkecuali berhubung krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan.

ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad memaklumkan, pendirian berkecuali itu selari dengan prinsip bagi mengutamakan kestabilan, kematangan politik dan kebajikan rakyat berbanding kepentingan politik jangka pendek.

Menurut beliau, keputusan untuk kekal sebagai pembangkang selari dengan prinsip untuk mengutamakan kestabilan, kematangan politik dan kebajikan rakyat berbanding kepentingan politik jangka pendek.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan keadaan politik kekal stabil dan tidak menjejaskan pemulihan serta pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam suasana mencabar.

“Penukaran kepimpinan kerajaan negeri pada masa ini adalah tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan ketidakstabilan yang boleh merugikan rakyat.

“Sebarang perubahan besar dalam landskap politik sewajarnya diserahkan kepada mandat rakyat melalui pilihan raya umum akan datang, dan bukannya dilakukan dalam keadaan semasa yang boleh mencetuskan ketidaktentuan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Ridzuan turut menegaskan akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan memberi fokus kepada kebajikan rakyat serta kekal vokal sebagai pembangkang bagi memainkan peranan semak dan imbang terhadap dasar kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, mereka bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian ekoran UMNO masih memilih untuk kekal di dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

“Sehubungan dengan itu, kami bertekad akan menggalas tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa untuk berperanan secara aktif melakukan semak dan imbang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

“Kami juga akan memainkan peranan untuk memantau setiap dasar dan pelaksanaan projek pembangunan di Negeri Sembilan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berhemah demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, lima ADUN Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia selepas kesemua 14 ADUN BN berkenaan diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan  menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Terdahulu, UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa.

Related Posts

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

BRISTOL – Sarawak melalui anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, SMD Semiconductor, bakal meneroka kerjasama dengan rakan kongsi di United Kingdom (UK) bagi mereka bentuk sistem dan cip semikonduktor bertaraf…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

60 kit pengurusan jenazah lengkap diedar kepada 12 masjid

60 kit pengurusan jenazah lengkap diedar kepada 12 masjid