Krisis USNO: Timbalan Presiden, 5 yang lain digantung serta-merta

KOTA KINABALU – Pergolakan dalaman USNO kini semakin tegang apabila enam ahlinya termasuk Timbalan Presiden digantung keahlian serta-merta, sekali gus mendedahkan krisis disiplin yang serius dalam parti itu.

Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, tindakan drastik itu diambil menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Fasal 49.10 Perlembagaan Parti, susulan dakwaan pelanggaran disiplin yang didakwa menjejaskan kestabilan organisasi.

“Fasal 49.10 memberi kuasa kepada presiden untuk menggantung mana-mana ahli yang dilihat menjejaskan kestabilan parti, khususnya dalam situasi konflik dalaman yang boleh membawa perpecahan

“Penggantungan ini adalah langkah sementara sementara menunggu siasatan Lembaga Disiplin Pusat, yang akan memanggil semua individu terlibat untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan pelanggaran disiplin dan perlembagaan parti,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Pandikar berkata, enam individu yang digantung ialah Timbalan Presiden USNO, Datuk Ibrahim Linggam; Ahmad Kanajaan, Hussin Ibnu Hassan, Mohammad Hafeiz Hussin, Sazali Justi dan Sallehudin Kasau.

Dalam masa sama, beliau turut menggunakan Fasal 52.1 untuk melucutkan beberapa pelantikan Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) bagi sesi 2025 hingga 2028, sekali gus mencetuskan rombakan besar dalam struktur kepimpinan parti.

“Keputusan dibuat susulan tindakan mereka yang didakwa tidak sehaluan serta menjejaskan kestabilan parti ketika krisis dalaman sedang memuncak.

“Semua pemegang jawatan mempunyai tanggungjawab menjaga kesatuan parti dan tidak bertindak sehingga menimbulkan perpecahan,” katanya.

Antara yang dilucutkan ialah Datu Abdul Lalih Abah, Dr Masjidin Datu Moksan, Dayang Norasiken Nonoi, Jamri Sabu, Rusulan Rahaban dan Datuk Edmund J. Doudilim.

Dalam pada itu. Pandikar menegaskan tindakannya itu tidak dibuat secara terburu-buru, sebaliknya berlandaskan peruntukan jelas dalam perlembagaan parti.

Beliau turut menempelak tindakan segelintir pihak yang didakwa menggunakan saluran luar untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, bukannya melalui mesyuarat dalaman parti.

“Tiga peluang sudah diberikan melalui mesyuarat, namun ada yang memilih untuk tidak hadir dan kemudian membuat kenyataan di luar,” katanya.

Tindakan penggantungan serta pelucutan jawatan itu dilihat mengesahkan lagi perpecahan dalaman USNO, dengan struktur kepimpinan tertinggi parti kini berdepan rombakan besar ketika krisis masih belum menunjukkan tanda reda.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi