Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu.

Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung minggu mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding hari biasa namun disebabkan kawasan berkenaan menjadi tempat berkumpul serta laluan peserta himpunan, maka mereka mengalami kekurangan pelanggan.

Salah seorang peniaga, Ilyas Ilyanus, 64, kesal dengan tindakan penganjur himpunan itu kerana tidak mengambil kira keadaan peniaga yang selalunya akan memperoleh lebih pendapatan pada hujung minggu mahupun cuti umum, berbanding hari bekerja.

“Selalunya kalau waktu dalam pukul 5.30 petang di hujung minggu atau cuti umum, saya dah boleh balik sebab jualan saya sudah habis namun apabila ada himpunan sebegini, perniagaan menjadi tidak laku yang akhirnya saya alami kerugian.

“Saya akan menjual satu tong air soya dengan 150 bekas taufufa setiap hari. Kalau dilihat, masih ada dalam 10 bekas lagi dan air soya saya masih tidak habis dijual. Sepatutnya perhimpunan sebegitu tidak dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Sementara bagi Abdul Manap Zainal, 73, yang menjual air kelapa, meskipun pendapatannya meningkat dua kali ganda disebabkan cuaca panas, namun dia tidak setuju apabila Masjid Negara itu menjadi tempat berhimpun.

“Bagi saya ia adalah salah. Jangan ulangi lagi, sila elakkan tempat ibadat walau apa agama sekali pun,” katanya.

Dalam pada itu, bagi peniaga buah-buahan, Siti Aminah Turiman, 43, kesal dengan tindakan penganjur himpunan itu kerana tidak mengambil kira keadaan peniaga yang selalunya akan memperoleh lebih pendapatan pada hujung minggu, berbanding hari bekerja.

Dia berpandangan, pihak berkuasa seharusnya tidak memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut.

“Jika penganjur ingin membuat perhimpunan maka mereka sepatutnya memilih kawasan lapang yang tidak menganggu lalu lintas dan tempat tumpuan ramai.

“Sudahlah kalau hari bekerja, tidak ramai yang datang membeli jualan saya dan selalunya hujung minggu menjadi sasaran peniaga di sini untuk mendapat pendapatan lebih.

“Namun saya rasa hanya dua tiga orang datang membeli takoyaki, itu pun dalam kalangan peserta yang menyertai himpunan tersebut. Bagi saya sedikit sebanyak menjejaskan jualan saya,’’ katanya.

Perarakan himpunan Hari Pekerja merupakan amalan yang telah dilakukan sejak 1 Mei 1994 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa 1 Mei di ibu kota.

Ia telah berakar umbi di Malaysia sejak zaman pra-kemerdekaan semasa era 1940-an ketika kesatuan buruh mula ditubuhkan di mana golongan pekerja menyuarakan tuntutan dan bantahan mereka pada hari tersebut. 

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

KOTA KINABALU – Kerajaan memperluaskan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bertujuan memastikan penyaluran subsidi diesel lebih berkesan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy