Berang dituduh curi ikan, lelaki pukul mangsa sehingga cedera

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret.

Tertuduh dikenali sebagai Airwandy K, 43 didapati bersalah kerana memukul mangsa disebabkan tidak berpuas hati dituduh mencuri ikan.

Selain itu, tertuduh juga melakukan perbuatan demikian ketika berada di premis di Jalan Haruan, Kampung Bako pada 10 pagi, 11 September lalu.

Menurut fakta kes tersebut, tertuduh juga menggunakan sebatang kayu sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian muka di sebuah premis menjual ikan.

Mangsa juga turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala, bahu kanan, patah jari tengah, luka jari kiri.

Malah, mangsa juga turut menerima rawatan 10 jahitan di jari kiri di hospital.

Airwandy mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan jika sabit kesalahan.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok