Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

PUTRAJAYA – Panduan pelarasan Perbelanjaan Mengurus (OE) bagi semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu hanya membabitkan perbelanjaan tidak kritikal.

Kementerian itu menjelaskan, bagi semua perbelanjaan teras, termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan diteruskan seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2026.

Katanya, ia meliputi perbelanjaan teras untuk kementerian kritikal seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang merupakan antara kementerian yang mempunyai peruntukan tertinggi dalam Belanjawan tahun ini.

“Panduan pelarasan perbelanjaan termasuk langkah seperti penangguhan penganjuran acara, mengehadkan kunjungan dan latihan luar negara, penjimatan utiliti, mengoptimakan rizab simpanan agensi serta penangguhan pengisian jawatan bukan kritikal.

“Selaras dengan pengurusan kewangan negara dengan bertanggungjawab, langkah pelarasan ini mengikut keutamaan penting untuk mewujudkan ruang fiskal bagi membiayai bantuan dan subsidi bersasar untuk melindungi golongan dan sektor rentan yang terkesan daripada krisis bekalan global ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, MoF berkata, pihaknya akan terus berusaha secara proaktif dan sistematik untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan yang optima bagi memperkukuh daya tahan negara dalam berhadapan krisis bekalan global yang dijangka memberi impak mendalam dan berpanjangan kepada ekonomi negara.

“MoF juga komited untuk terus memperkukuh keupayaan tindak balas krisis dengan meneliti pendekatan yang seimbang dengan memastikan perkhidmatan asas terus dibiayai, sokongan kepada ekonomi kekal mencukupi dan pada masa yang sama kedudukan kewangan negara kekal kukuh,” katanya.

Terdahulu, MoF pada Rabu mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebagai sebahagian usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Cadangan itu dilaporkan dibuat susulan keperluan menyemak semula perbelanjaan kerajaan, khususnya ketika beban subsidi dijangka meningkat dan memberi tekanan kepada kewangan negara.

Menurut laporan, pengurangan itu membabitkan perbelanjaan operasi kedua-dua kementerian, namun pihak Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa perkhidmatan asas tidak akan terjejas

Related Posts

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengambil pendekatan berkongsi kereta dan menggunakan penerbangan kelas ekonomi sebagai langkah dalam berjimat cermat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu yang dilakukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan