Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, pemberian insentif tersebut bukan sekadar ganjaran, tetapi simbol penghargaan terhadap usaha gigih dan disiplin tinggi yang dipamerkan atlet berkenaan sehingga berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, kejayaan Emmabell membuktikan anak Sabah mampu bersaing di pentas global jika diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

Beliau turut menyifatkan pencapaian Emmabell sebagai pemangkin semangat kepada generasi muda untuk berani menceburi bidang sukan dan mengejar kecemerlangan.

Emmabell sebelum ini mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Sabah sebaris dengan negeri-negeri lain dalam melahirkan atlet bertaraf dunia.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Juil Nuatim serta Setiausaha Tetap kementerian berkenaan, Mansur Asun.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar