Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000.

Rasuah itu dipercayai sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sebuah daerah di negeri ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin di Mahkamah Majistret Kuantan pada Selasa selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Bernama.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin di kediamannya.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di salah satu daerah di negeri ini.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui pemindahan ke akaun bank peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda pendidikan agama menerusi pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor yang akan dilaksanakan secara lebih tersusun dan menyeluruh. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan