UMNO akan pastikan krisis Negeri Sembilan capai penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat

CYBERJAYA – UMNO memberi jaminan akan mencari langkah penyelesaian terbaik dalam menentukan sebuah kerajaan kukuh di Negeri Sembilan di samping berupaya menyelesaikan permasalahan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan menggunakan saluran politik selain tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat negeri berkenaan.

“Saya akan selesaikan kemelut yang ada melalui politik dan kita tidak akan pernah campur urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat.

“Kita akan cari penyelesaian terbaik bagi menentukan sebuah kerajaan kukuh di Negeri Sembilan serta dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat,” katanya kepada media ketika ditemui pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-54 dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tindakan berkaitan pentadbiran negeri juga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa mematuhi lunas undang-undang ditetapkan.

“Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya Negeri Sembilan.

“Pada hemat saya tidak semudah itu, yang paling baik mengikuti semua peraturan yang ada dan prosedur bagi menentukan bahawa peraturan itu diikuti terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Aminud­din Harun menegaskan beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Ne­ge­ri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Terdahulu, seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan, keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh kesemua ADUN.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam