Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

KUANTAN – Usaha memperkukuh hala tuju dan pentadbiran bagi kawasan FELDA Wilayah Jengka diteruskan dengan pemilihan Hasrul Nizam Hassan sebagai pengarah baharu.

Lantikan itu dibuat pihak pengurusan FELDA bagi menggantikan Tarmizi Lee yang dipindahkan ke ibu pejabat.

Tarmizi dalam ucapan pada majlis ‘Setulus Budi, Seindah Kenangan’ berharap, perubahan kepimpinan tidak menjejaskan hubungan baik sedia terjalin antara pihak pengurusan dan warga peneroka di Wilayah Jengka.

“Saya melihat pelantikan ini sebagai langkah strategik bagi memastikan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh hala tuju pembangunan di Wilayah Jengka.

“Adalah menjadi harapan semua untuk melihat FELDA Wilayah Jengka terus cemerlang dan dijadikan contoh oleh FELDA wilayah lain,” katanya.

Antara tetamu hadir pada majlis itu adalah pihak pengurusan FELDA seperti Muhammad Ismail, Hazlin Abdullah dan Muhammad Tamrin Zakaria.

Turut hadir Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.

Dalam majlis sama, beberapa pencapaian signifikan FELDA Wilayah Jengka dikongsi Tarmizi.

Antaranya keberhasilan rancangan FELDA Jengka 25 merangkul Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA.

Selain itu, wilayah berkenaan turut mencatatkan kejayaan besar dalam menangani isu serangan tikus yang sekian lama membelenggu kawasan tanaman.

“Semua kejayaan ini diraih hasil sokongan padu pengurusan tertinggi FELDA, termasuk penyaluran dana khas yang membolehkan program kawalan tikus bersepadu dilaksanakan dengan berkesan.

“Selain itu, kerjasama rapat dengan warga peneroka juga menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ini,” jelasnya.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang