RM850,000 transformasi Dataran Guillemard, bakal jadi hotspot pelancongan baharu

Oleh: Ekin Rosli

TANAH MERAH – Sebanyak RM850,000 diperuntukkan bagi menaik taraf Dataran Guillemard sebagai usaha memperkukuh sektor pelancongan tempatan.

Peruntukan itu melibatkan sumbangan RM350,000 daripada kerajaan negeri dan RM500,000 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

ADUN Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor berkata, projek berkenaan bertujuan meningkatkan kemudahan awam serta menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan baharu.

Beliau berkata, antara kemudahan yang akan dibangunkan termasuk galeri, perpustakaan, surau serta penyambungan laluan esplanade.

Menurutnya, lokasi dataran yang berhampiran Jambatan Guillemard mempunyai nilai sejarah yang mampu menarik minat pengunjung.

“Naik taraf ini dijangka memberi keselesaan kepada pengunjung di samping membuka peluang kepada aktiviti pelancongan berasaskan warisan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu juga diharap dapat disegerakan agar manfaatnya dapat dirasai oleh penduduk setempat.

Usaha tersebut dilihat mampu merancakkan ekonomi komuniti setempat melalui peningkatan kehadiran pelancong serta peluang perniagaan.

Related Posts

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin