TYT, Premier Sarawak turut serta perarakan Maulidur Rasul di Mukah

MUKAH – Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi termasuk sektor kerajaan dan swasta, badan beruniform, masjid dan surau serta Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Mukah.

Perarakan sepanjang tiga kilometer itu bermula pada jam 8.30 pagi di Dataran Pehin Setia Raja Mukah, melalui dua laluan berbeza mengelilingi Mukah.

Kehadiran sambutan Maulidur Rasul turut dimeriahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Acara dimulakan dengan selawat Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Kumpulan Musytaq al-Mustofa, diikuti dengan tausiyyah oleh Datu Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim, Pakar Rujuk dari Jabatan Mufti Sarawak.

Menariknya, acara ini turut dimeriahkan dengan pertandingan sepanduk yang diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan Timbalan Residen Bahagian Mukah Safrie Saili.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow