
MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di Stadium Miri.
Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Turut hadir Residen Miri, selain ketua jabatan, ketua agensi serta ketua masyarakat dan kaum (KMKK).
Sepanjang program, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki meluangkan masa melawat gerai jualan serta menyampaikan cenderahati kepada para peniaga. Beliau turut mencuba masakan dan hidangan tradisional seperti Nuba Laya sebagai tanda sokongan terhadap budaya tempatan.
Inisiatif seperti ini dilihat mampu membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil, di samping memberi manfaat kepada orang ramai melalui pendedahan kepada pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan.





