Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

KUCHING — Seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Santubong semalam telah dijumpai selamat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diteruskan bermula pagi tadi, dengan pasukan penyelamat berdepan cabaran bentuk muka bumi yang ekstrem dan berisiko tinggi.

Mangsa dikenali sebagai Belinda Lapier, seorang wanita dewasa warga Australia, dilaporkan hilang ketika menuruni gunung berkenaan dan dipercayai terjatuh di kawasan F7.

Terdahulu, pihak ranger hutan sebelum itu berjaya menghubungi mangsa sekitar jam 5 petang semalam, dan pagi ini menjalankan pencarian di lokasi terakhir mangsa.

“Bagaimanapun, pasukan hanya dapat mendengar suara mangsa di kawasan F7, namun gagal mengenal pasti kedudukan sebenar mangsa sebelum operasi ditangguhkan sementara,” katanya.

Memasuki hari kedua operasi, lokasi mangsa dilaporkan telah dikenal pasti dan komunikasi masih dapat dilakukan dengan mangsa dengan memanggil namanya.

Namun, usaha menyelamat berdepan kesukaran serius apabila laluan menuju ke lokasi mangsa mempunyai kecerunan hampir 90 darjah selain dipenuhi halangan batu besar serta pokok tumbang.

“Pasukan SAR juga telah membuat penilaian (size-up) bagi menentukan kaedah paling sesuai untuk menurunkan anggota penyelamat ke lokasi mangsa,” jelasnya.

Operasi melibatkan 11 anggota bomba dengan bantuan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta sebuah kenderaan Urvan. Turut membantu di lokasi ialah pihak polis dan ranger hutan.

Related Posts

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

PUTRAJAYA – Perlindungan harta intelek di Sabah akan diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang wanita yang disyaki menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan diesel ke Filipina. MCMC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya turut menyita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar