Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

TAWAU – Perpustakaan seluruh negara disaran memperkukuh peranannya agar kekal relevan seiring keperluan semasa dengan bertransformasi digital.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peralihan tradisional kepada sistem digital lebih sistematik dan mudah diakses sekali gus mampu menarik minat generasi muda yang kini cenderung kepada teknologi serta mempunyai tempoh tumpuan yang lebih singkat.

“Saya fikir Perpustakaan Negara Malaysia boleh mengambil contoh daripada bandaraya utama seperti perpustakaan di New York kerana mereka ada satu seksyen untuk digital.

“Dengan pendigitalan, pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan lebih pantas dan mudah memandangkan ilmu yang semakin luas dapat disusun secara lebih teratur,” katanya kepada media selepas program Jom Baca Bersama 10 minit 2026 di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau, di sini, pada Khamis.

Menurut Suryady, usaha itu juga antara inisiatif terbaik untuk menarik minat generasi muda agar kembali gemar membaca.

“Dengan perkembangan semasa, jelas bahawa tempoh tumpuan mereka semakin singkat, sekitar 8 hingga 10 saat sahaja dan perkara ini perlu diberi perhatian serius.

“Sehubungan itu, pihak perpustakaan wajar tampil menerajui perubahan dengan pendekatan lebih moden dan kreatif khususnya melalui pendigitalan bahan bacaan,” ujarnya.

Mengenai bacaan yang berunsur keganasan, Suryady berharap agar ibu bapa memainkan peranan penting memberi panduan pada anak-anak agar tidak terpesong dan berhaluan kiri terpengaruh dengan perkara tidak baik seperti ajaran sesat sehingga boleh mempengaruhi anak-anak.

Program membaca itu disertai wakil agensi kerajaan, orang-perseorangan dan 20 sekolah di sekitar Tawau dengan penglibatan kira-kira 350 orang.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu