Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pelaksanaan projek tersebut telah bermula sebelum beliau mengambil alih pentadbiran negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri ketika ini sedang meneliti keseluruhan perjanjian berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik susulan desakan kontraktor tempatan.

“Macam mana pun, saya difahamkan bahawa projek ini telah berjalan sebelum kehadiran saya sebagai Menteri Besar lagi dan perjanjian ini juga ditandatangani oleh kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli.

“Jadi macam mana pun, kita akan usaha melihat semula dan bantu membela nasib kontraktor ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Seri Putra, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada sekumpulan kontraktor yang menggesa agar projek-projek MARRIS diserahkan semula kepada kerajaan negeri tanpa melibatkan syarikat konsesi.

Abu Bakar berkata, kerajaan negeri memahami desakan yang dibuat oleh kontraktor sebagai usaha memperjuangkan hak mereka.

Katanya, pihaknya kini melihat perkara itu daripada pelbagai sudut termasuk kepentingan kontraktor dan syarikat konsesi bagi memastikan penyelesaian yang seimbang dapat dicapai.

“Sebagai kerajaan negeri, kita menghargai dan cuba membantu sekadar termampu dalam mencapai situasi menang-menang,” katanya.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam