Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama erat antara institusi kewangan tempatan dalam menyokong agenda nasional terus menjadi pemacu penting kepada kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, menzahirkan penghargaan terhadap peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor kewangan yang disifatkan telah memberi sokongan menyeluruh dalam melaksanakan langkah intervensi yang bersesuaian demi kepentingan rakyat.

“Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan kerana bank sudah memberikan kerjasama yang baik. Kita tahu isu yang dibangkitkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tentang keupayaan untuk mendapatkan pinjaman.

“Sepertimana kita tahu, rekod itu membanggakan. Sebahagian besar, kira-kira 80 peratus (PMKS) dikenal pasti sudah dibantu,” katanya selepas mempengerusikan sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa bersiap siaga untuk memperkenalkan pendekatan baharu bagi memastikan kedudukan ekonomi negara kekal kukuh walaupun berdepan cabaran luaran.

“Saya belajar daripada pengalaman krisis 90-an (dan) COVID-19 bahawa bantuan harus lebih teliti, menjurus dan tidak menyeluruh kerana hanya membantu kelompok yang terkesan daripada krisis ini dan tidak berbelanja luar daripada keupayaan kita.

“Oleh itu, mesti menyasarkan bantuan atau subsidi kepada kelompok yang hanya memerlukan. Cabaran utama kita (kerajaan) ialah menjamin keperluan termasuk minyak, gas dan baja itu mencukupi agar pertumbuhan tidak terbabas,” katanya.

Related Posts

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026), selain mengekalkan logo Malaysia MADANI sebagai identiti rasmi sambutan sehingga tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi