Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

KOTA KINABALU – Tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditegaskan sebagai hak mutlak rakyat dan bukannya agenda mana-mana parti politik dalam Sesi Libat Urus melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama agensi kerajaan, pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, dalam seti tersebut turut dibincangkan secara menyeluruh hala tuju, pendekatan serta langkah susulan dalam memperkukuh pelaksanaan hak Sabah, termasuk perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perjuangan ini adalah perjuangan panjang dan saya telah lama terlibat memperjuangkannya, ia bukan isu baharu, malah telah diangkat sejak kami berada di pihak pembangkang lagi.

“Adakah apabila saya menjadi Menteri, saya melupakan perjuangan ini? Tidak sama sekali, tanggungjawab saya kini adalah memastikan rundingan terus dilaksanakan secara berterusan,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.

Tambah Mustapha, komitmen kerajaan di bawah Kerajaan MADANI kekal teguh dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak, dengan membuka ruang perbincangan secara profesional dan beretika.

“Inilah isu yang kami angkat sehinggakan dalam Parti Keadilan Rakyat pun kita letak artikel 5.8 dalam Perlembagaan parti untuk memperjuangkan MA63 ini dan memastikan diangkat hak Sabah Dan Sarawak.

“Tapi Sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan, maknanya kita akan teruskan lah kaedah perundingan demi perundingan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan berkaitan MA63, termasuk tuntutan 40 peratus hasil, memerlukan kesepaduan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.

Turut hadir sesi libat tersebut, Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin; Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Jeffrey Kitingan; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan ADUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar.

Related Posts

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

ALOR SETAR – Sebahagian bangunan Balai Polis Kepala Batas, di sini yang melibatkan bilik server musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Kejadian itu disedari oleh seorang anggota yang sedang bertugas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

TAWAU – Perpustakaan seluruh negara disaran memperkukuh peranannya agar kekal relevan seiring keperluan semasa dengan bertransformasi digital. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peralihan tradisional kepada sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik