Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegaskan beliau tidak pernah gentar berdepan sebarang tekanan susulan keputusan menangguhkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan bermula 21 April ini.

Menurut beliau, dalam dunia politik, soal takut tidak timbul, sebaliknya setiap keputusan dibuat berdasarkan pendekatan pentadbiran yang dirasakan terbaik ketika ini.

“Bagi saya dalam politik kita tidak pernah kenal rasa takut kepada sesiapa. Tidak timbul masalah takut dan sebagainya, cuma kita ada cara dalam menyelesaikannya.

“Kepimpinan dulu mempunyai cara lain dan saya sebagai Menteri Besar ketika ini ada cara tersendiri. Bak kata pepatah ‘lain padang, lain belalang’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perlis Open Motocross Meeting 2026 di Litar Motocross Sungai Batu Pahat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Bakar menjelaskan penangguhan sidang DUN dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri menyusun semula gerak kerja pentadbiran agar persidangan dapat berlangsung dengan lebih teratur.

Katanya, beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Noor Azman Abdul Rahman yang masih baharu dalam pentadbiran memerlukan sedikit masa untuk memperkemaskan persediaan.

“Dalam keadaan hari ini, kita sedang melihat beberapa perkara yang perlu diperbaiki lagi. Paling penting kita mahu susun semula untuk memastikan persidangan DUN berjalan dengan sempurna.

“Saya mengambil alih pentadbiran baru dalam tiga bulan lebih, jadi kita ambil masa sedikit untuk susun semula pergerakan bagi persidangan DUN akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa tarikh baharu sidang DUN akan diumumkan selewat-lewatnya minggu hadapan selepas segala persiapan selesai.

Tambahnya, mengikut peraturan ditetapkan, persidangan DUN Perlis perlu diadakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan daripada sidang terakhir pada Disember lalu.

“Jadi kita ada tempoh sehingga selewat-lewatnya 8 Jun depan untuk mengadakan Sidang DUN.

“Saya akan buktikan persidangan DUN akan bermula sebelum tarikh akhir itu dan tarikh baharu dijangka akan diumumkan pada minggu depan,” katanya.

Mengulas dakwaan penangguhan berkait dengan isu usul undi percaya, Abu Bakar menyerahkan perkara tersebut kepada budi bicara Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan.

Katanya, keputusan menerima atau menolak usul berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Speaker.

“Kalau dari segi bilangan (sokongan) pun saya rasa seimbang, tiada masalah. Penangguhan ini juga telah dimaklumkan kepada Speaker pada seawal hari sebelum surat rasmi dikeluarkan dan persetujuan telah diperoleh,” katanya.

Semalam, enam ADUN Pas dilaporkan meminta penjelasan lanjut berhubung penangguhan sidang DUN Perlis yang dibuat secara mengejut tanpa alasan munasabah.

Sidang DUN Perlis sebelum ini dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 April, namun Setiausaha DUN, Mohd Anwar Sahul Hameed mengumumkan penangguhan tanpa tarikh baharu menerusi surat rasmi.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah