‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

KOTA KINABALU – Sektor koperasi terus membuktikan peranannya sebagai pemacu ekonomi rakyat apabila mencatatkan perolehan mencecah RM81.62 bilion di peringkat nasional sehingga 31 Disember 2025.

‎Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, ketika ini terdapat sebanyak 16,468 koperasi dengan keanggotaan 7.3 juta orang di seluruh negara, sekali gus menunjukkan kekuatan signifikan sektor berkenaan.

‎”Di Sabah sahaja, sebanyak 2,047 koperasi direkodkan dengan 389,000 anggota, menjana perolehan RM913.33 juta serta aset melebihi RM1.2 bilion,” kongsinya semasa merasmikan Program Bicara Koperasi dan Jom@Coop anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bersama agensi kuskop dan media, di sini, pada Sabtu.

Tambah Mohamad, koperasi bukan lagi entiti kecil, sebaliknya kini menjadi gergasi ekonomi rakyat yang semakin berkembang dan berdaya saing.

‎”Melalui Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DAKOM 2030), kerajaan menyasarkan peningkatan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 3.6 peratus kepada lima peratus menjelang 2030.

‎”Koperasi perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi bagi kekal relevan.

‎“Digitalisasi bukan lagi pilihan, tetapi keperluan bagi menarik minat golongan muda khususnya Gen Z dan Alpha untuk menyertai koperasi.

‎”Koperasi juga berpotensi memainkan peranan penting dalam menangani isu kos sara hidup melalui penguasaan rantaian bekalan serta pengurangan orang tenga,” jelasnya.

Mohamad turut mengesa semua ahli koperasi untuk meneroka bidang keterjaminan makanan, tenaga boleh baharu dan pengangkutan hijau sebagai langkah menghadapi cabaran ekonomi global.

‎Tambahnya, kerjasama erat antara agensi di bawah KUSKOP iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp, TEKUN Nasional dan Bank Rakyat terus memperkasa ekosistem keusahawanan negara.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang