Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas.

Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Sabtu.

Terdahulu, beliau menerima taklimat projek daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datuk Dr Cassidy Morris di simpang jalan berkenaan sebelum menyempurnakan gimik perasmian.

Projek infrastruktur bernilai RM35 juta yang telah siap sepenuhnya pada April 2023 itu menghubungkan Kampung Suri dengan Kampung Manggut serta Kampung Tuie di Debak.

Pembinaannya melibatkan jalan berturap serta dua buah jambatan merentasi Sungai Jerai dan Sungai Lubok Selubang, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 3,000 penduduk setempat.

Kemudahan itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan, malah membuka lebih banyak peluang penjanaan pendapatan komuniti tempatan.

Lebih signifikan, Jalan Lubok Tamang kini menjadi laluan strategik ke Agropark Lubok Tamang yang berpotensi besar mengubah landskap ekonomi Saribas menerusi pendekatan pertanian moden bersepadu.

Dalam majlis sama, Abang Johari turut diberikan taklimat berhubung projek agropark berkenaan oleh Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Datuk Sr Zaidi Mahdi.

Projek mega berkeluasan 763 hektar itu merangkumi pembangunan sektor pertanian yang memfokuskan kelapa pandan sebagai tanaman utama, selain pusat pelancongan, kemudahan pemprosesan, pengumpulan hasil, dan zon pembangunan masa hadapan.

Apabila beroperasi kelak, agropark berkenaan disasarkan mampu menghasilkan sehingga 10 juta biji kelapa setahun, seterusnya meningkatkan potensi eksport dan mengurangkan kebergantungan terhadap import komoditi tersebut.

Selain menjana ekonomi negeri, pelaksanaannya dijangka bakal membuka peluang pekerjaan baharu, menyediakan kemahiran kepada penduduk, serta melahirkan lebih ramai agropreneur tempatan berasaskan teknologi moden.

Projek di bawah inisiatif Projek Rakyat itu dijadual bermula pada Jun 2026 dengan fasa penanaman dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 20 bulan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta barisan pemimpin masyarakat setempat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

KOTA KINABALU – Usaha menangani kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar terus menjadi keutamaan kementeriannya dan menunjukkan perkembangan positif selepas beberapa langkah penambahbaikan diperkenalkan. Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

KOTA KINABALU – Warga Filipina merupakan kumpulan terbesar yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Ranau apabila seramai 71 daripada keseluruhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor makin rencam, semua blok politik masuk gelanggang dengan luka tersendiri

PRN Johor makin rencam, semua blok politik masuk gelanggang dengan luka tersendiri

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah