
KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran.
Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum ini yang memperlekeh usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa iltizam Putrajaya untuk menokhtahkan kemiskinan tegar adalah “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.
Beliau mendakwa iltizam itu tidak lebih sekadar sembang kosong kerana di mana-mana negara pasti ada kemiskinan.
Bagaimanapun, kenyataan Adun Pas dari Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali dalam sidang DUN baru-baru ini yang menyatakan bahawa Kedah telah berjaya mencapai sifar miskin tegar mengundang persoalan ramai.
Mereka mempersoal mengenai konsistensi pendirian parti itu dalam isu pembasmian kemiskinan.
Ada yang menganggap Pas mengamalkan pendirian tidak konsisten atau ‘double standard’, apabila mengkritik usaha Kerajaan MADANI mahu menoktahkan kemiskinan tegar, namun apabila sasaran sama diumumkan di peringkat negeri, ia pula dilihat sebagai pencapaian.
Ini jelas menunjukkan Kerajaan Pas turut akur dengan dasar Kerajaan MADANI yang mahukan masalah kemiskinan menjadi sifar.





