Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

SANDAKAN – Tindakan memiliki beberapa bangkai haiwan dilindungi membawa padah apabila seorang pegawai ladang didenda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.

Hendry Rayner Endim, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki tiga bangkai ular sawa pendek (blood python), seekor ular sawa panjang (reticulated python), seekor bangkai musang (malay civet) serta dua bangkai musang (common palm civet) yang merupakan spesies dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 2.10 petang pada 24 Mei 2025 di jalan utama Paitan-Kanibongan tanpa kebenaran sah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(2) enakmen berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM30,000 hingga RM100,000 atau penjara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda RM48,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Pendidikan Matadeng hasil inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjadi talian hayat membantu anak luar bandar di Mukah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu. Turut hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis