Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil langkah memperkukuh penguatkuasaan melalui pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 2024, khususnya Seksyen 233, bagi menangani penyebaran berita palsu di platform digital.

Beliau berkata, individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000, manakala jika disabitkan kesalahan di mahkamah, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Langkah ini diambil kerana penyebaran berita palsu dan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan pelbagai implikasi, termasuk salah faham dalam kalangan masyarakat serta mencetuskan ketegangan,” katanya.

“Kenapa kerajaan, khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat keputusan untuk uruskan maklumat dengan cara sebegini?

“Antara lain kita lihat berita palsu dan maklumat yang tidak sahih ini dia boleh menimbulkan macam-macam sama ada salah faham dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program bual bicara Ruang Bicara bertajuk Tabayyun Dalam Krisis: Maklumat Sahih Jamin Kestabilan yang disiarkan malam tadi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kesan penularan maklumat palsu boleh menjadi serius seperti yang berlaku di negara jiran apabila satu kenyataan yang dikaitkan dengan bekas menteri Indonesia didapati kemudian sebagai kandungan dijana kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa MCMC mengesan sebanyak 441 kandungan yang menyebarkan berita palsu dari 29 Mac hingga jam 7 pagi, 15 April lalu.

“Kesemua kandungan berkenaan sedang dalam proses untuk diturunkan. Kebanyakannya berkaitan dakwaan tidak tepat mengenai kenaikan harga bahan api.

“Hakikatnya, harga diesel, RON95 dan RON97 kini menunjukkan penurunan, namun minggu lalu ada individu mendakwa diesel meningkat sehingga RM3,” ujarnya.

Fahmi berkata, pihak berkuasa turut membuka 54 kertas siasatan berkaitan kes penyebaran maklumat palsu setakat ini.

“Daripada jumlah itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk mendakwa seorang individu di mahkamah, manakala lima lagi kes menerima arahan untuk dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan apabila terdapat pihak yang meniru format laporan media arus perdana seperti Sinar Harian, Astro Awani dan TV3 bagi menjadikan maklumat palsu kelihatan seolah-olah sahih.

Sehubungan itu, Fahmi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang diterima di media sosial dan memastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’