Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga Atoi yang bernilai RM5.6 juta pada November tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, projek yang mula dibina pada tahun 2024 itu merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh fasiliti kesihatan luar bandar, selaras dengan agenda pembangunan negeri.

Menurutnya, penyiapan projek berkenaan membawa peningkatan ketara terhadap keupayaan klinik tersebut untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan komprehensif kepada penduduk setempat.

“Dengan kemudahan baharu ini, Klinik Kesihatan Nanga Atoi kini mampu menawarkan rawatan yang lebih berkesan, teratur dan selesa.

“Ia sekali gus memudahkan penduduk untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan projek siap melibatkan pembinaan empat bangunan baharu di klinik berkenaan di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, penyerahan projek daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak itu telah disempurnakan oleh wakil Pengarahnya, Ir Bujang Kanang kepada Setiausaha Bahagian Kanan (Bahagian Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Paduka Roslinah Md. Jani.

Pembinaan kemudahan baharu itu dijangka memberi impak positif yang cukup besar terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman, selain meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat sejajar dengan keperluan semasa.

Related Posts

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL